Followers

Sunday, 22 September 2013

Anganku

Assalamualaikum and peace upon you...

" I love you"
" Sarangheyo"
"Je t'aime"
" Wo ai ni"
"ya tebya lyubyu.."

etc

Budak sekolah rendah dah pandai cakap. Hingusan tak hilang, sudah ada pujaan di hati. Apatah lagi remaja, dewasa dan orang tua.

Cuba tanya diri anda, berapa kali anda luah rasa cinta pada orang yang berbeza..? Saya cenderung kepada bukan ahli keluarga.. Kerana saya fikir ungkapan cinta pada keluarga adalah wajib dan tiada asa untuk bertanya.

Cuba tanya diri anda..? Berapa kali..? Saya...?

Saya berapa kali..? Sekali... Tipu..! Ye..! 2 kali..!.. ini tak termasuk saya cakap I love you kat Faizal Tahir, Downey Robert Jr, David Beckham, Hazama dan lain-lain retis..

Mungkin ada yang tak pernah cakap... saya ada kawan begitu. Ungkapan itu hanya untuk suami. Saya malu tersendiri. Nak juga, rasa seperti dia rasa.. dan cakap...

" I love you, hubby"... --> masa ni dah kahwin okay...

Seriously.. Saya tak pernah percaya dialog di bawah and pantang dengar bila lelaki melamar.

1) " Saya nak sangat kahwin dengan awak.. because i Love you soo muchhhh..." 
me--> If u dah xcinta kat I.. Janda la lepas tu.. So..takde maknanya love you sooo mucchh..

2) " Saya nak kahwin dengan awak.. Lagipun, umur kita nie dah layak untuk itu. Malasla keluar.. Jumpa2 macam nie.. Saya nak ada orang kat umah.. Boleh masakkan untuk saya."
me--> Man life begins at 40s.. Masa tu, you dah jumpa yang muda.. and you rasa layak nak kahwin.. I jadi apa..? Bini tua.. okay.Fine..

3) " Eloklah kahwin.. dari kita keluar camnie.. aishhh.. takut pula terjebak kang.. "
me --> kahwin sebab nafsu adalah selemah-lemah iman. Bila kahwin, nafsu you dah boring.. I jadi apa..? I rasa I ada options.. Janda or bini tua...

Tapi dialog yang saya teringin nak dengar...

" Bashirah, will you marry me..? Saya nak bila saya tua nanti, saya tak menyesal. Saya tak nak bangun pagi, awak tiada di sisi saya dan saya tak tahu nak cakap kat siapa " I love u" setiap hari. Saya mungkin melamar awak terlalu awal. Tapi saya tak boleh tipu diri saya, yang saya nak sangat hidup dengan awak.

Nak juga rasa telur goreng awak yang hangit. Nak tengok awak resah masak nasi. Nak tengok awak gigit sofa bila saya tak bagi duit nak shopping. Nak tengok juga betapa gembiranya awak bila saya khaskan satu bilik hanya untuk kasut awak..

Tapi yang penting, saya nak tengok merah pipi awak.. bila saya tegur bacaan dalam mengaji saya.. dan awak boleh buat benda yang sama pada saya.

Orang kata, kecantikan perempuan yang asli adalah bila bangun waktu tidur. Nak jugak saya tengok bila saya kejut awak awal pagi dan solat sunat sejadah sama2..

dan banyak lagi saya rancang untuk kita for the next 100 years.."

Me--> melting................


Kuat berangan. Ok. enuff. sambung lipat baju balik. bestnya juga mengelamun. hehehe.

sekian.

Bashirah suka mengelamun.



3 comments:

cONTeng sANA SinI

1) Don't use harsh words here, please
2) Please don't be an anonymous (you've got name,rite?)