Assalamualaikum and peace be upon you...
Aku tak boleh tidur walaupun jam sudah menunjukkan 3.54am. Mengantuk? Allah je tahu tapi disebabkan hidung yang tak mahu berhenti bersin dan ditambah hidung tersumbat, memang pening kepala. Try ubah posisi bantal menjadi tinggi, even setinggi klcc, aku rasa tak mampu buat aku lebih selesa.
Jadi aku jenguh incik youtube. Dengar lagu Alyah-sesal separuh mati. Sedap lagu tu tapi sayang video muziknya aku tak faham. Puas aku hadam tapi yang timbul hanya gerak tari dalam kain tetapi bukan baju.
Aku dengar pula lagu matahari. Ok fine. Sedih sikit. Tipu. Aku tak sedih. Cuma terfikir. Macam mana kalau nikmat yang aku ada, semua kena tarik oleh Allah.? Ada ke orang yang akan membantu? dan bagaimana hidup seperti itu? Aku tak pernah membayangkan dan takut membayangkan.
Sekarang, aku bukan dalam keadaan kedaifan tetapi mengalami beberapa kesukaran yang sukar diluahkan. Sometimes, aku teringin juga nak meluah, nak merepek, nak merengek, nak nangis-nangis feeling manja gitew dan whatsover supaya emotional nerve aku bekerja sikit. Tapi kepada siapa? Seriously, aku dengan kawan lain perangainya, dengan keluarga lain perangainya, dengan kawan sekerja pun lain perangainya..
Yang penting, aku jarang meluah. Simpan je dalam hati. Moga span hati serap dan hidup lebih tenang. Kadang-kadang aku tanya Allah, teruk sangat ke aku sampai tiada seorang makhluk yang akan menemani setiap masalah aku?
Dan aku simpan.
Simpan.
Simpan.
Simpan.
Simpan.
Simpan.
Simpan.
dan terus simpan. Moga satu hari nanti, ia hilang.
Manusia semua berbeza walaupun ada yang kerja 8 jam sehari sama dengan lain. Setiap individu ada karakter masing-masing. Setiap hembusan, ada cerita masing-masing. Jadi siapa aku untuk mengharap ada yang memahami, yang akan menenangkan dan untuk suka serta duka. Aku gadis yang banyak kekurangan, kejahilan dan ketidaksempurnaan.
Jadi, aku ajar diri aku untuk bersyukur. Walaupun kadang-kadang aku dah sampai putus asa rawat hati sendiri. Mungkin aku tak cukup faham orang, aku tak pernah tolong orang.. So, terima lah hakikat, bahawa dalam hidup orang yang rapat dengan aku, aku mungkin ditangga 12, 13 or maybe top 20 dalam hidup mereka. Rawat hati sendiri lagi.
Penat. tapi tak baik mengeluh.
How i wish you are here. I love you.
Sincerely,
you know who i am.
p/s: tajuk entri tak boleh blahh
Ni bukan tajuk entri jah, dengan entrinya sekali tak boleh blahh. Meh layan teh tarik pepagi buta nnt...
ReplyDeleteHahaha.. semua pun xley blah bro..
ReplyDelete