Followers

Monday, 6 May 2013

Po Po Politik...

Assalamualaikum and peace upon you...

Hari ini..keputusan PRU 13 @ GE 13 sudah keluar.. Dan seperti yang dijangka memang ramai yang tak puas hati.. Saya..? Tak tahu nak cakap.. I'm not belong to any parties... My loyalty is to whom that has dedicated himself/herself to perform his/her duties above his/her interest.. yang penting.. atas nama Allah.. dia melaksanakan tugas dengan seikhlas mungkin..Tak kira lah parti cap ayam sekalipun... Sebab, berdasarkan pemahaman saya yang cetek nie.. if semua orang memilih pemimpin kawasan mereka berdasarkan kriteria sebagai pemimpim dan bukannya parti semata-mata atau atas dasar " Ini kalilah" atau " lain kalilah".. InshaAllah..pemimpin yang benar-benar boleh memimpin akan ke depan.. Dah macam ceramah politik gamaknya.. bukan apa.. kadang-kadang sedih dengan mentaliti orang melayu nie..

Enuff...

Setelah melihat situasi politik sekarang.. saya rasa tidak bertanggungjwab kerana tidak melibatkan minda saya ke arah politik.. Kerana.. saya tak mengerti..bila kawan-kawan saya di facebook asyik tulis ini Ini kalilah berubah.. saya termangu.. apa yang mereka cuba maksudkan..

dan saya sampai sekarang masih was-was tentang parti yang ditubuhkan.. dan di uruskan oleh anak beranak.. 

dan saya sampai sekarang masih keliru dengan penggunaan dakwat kekal..pelaksanaan dan balckout yang dihebohkan..

So..nampak sangat..selama nie.. saya adalah kaum belia yang tak kisah mana pasal politik..sehingga semalam..saya berfikir.. atas dasar apa saya rela berdiam diri dari mengetahui apa berlaku..

 Jadi bermula hari ini.. saya nekad untuk melibatkan diri dalam politik secara tidak langsung dan tidak memihak mana-mana parti atas dasar manifesto atau akujanji semata-mata.. sebab cakap guna air liur senang..semua orang cakap meletup-letup..

dan mungkin.. jika saya rasa perlunya penglibatan saya sedikit dalam politik..saya akan ceburi diri..

Bila baca apa yang saya tulis kat atas tu..rasa cam nak jadi wakil rakyat pula.. entah kenapa berkobar-kobar pula bila baca macam-macam komen dan status.. rasa cam politik malaysia dah jadi macam cerita CSI.. hehehe

Kepada yang bekerja..selamat bekerja.. kepda bercuti selamat bercuti.. kepada muslimin dan muslimat.. Jangan lupa solat...

Sekian.

Bila hati mula berbicara,
bashbecks

No comments:

Post a Comment

cONTeng sANA SinI

1) Don't use harsh words here, please
2) Please don't be an anonymous (you've got name,rite?)