Followers

Tuesday, 18 October 2011

=== Blood Test ===




Apa habaq Malaysia? Brunei? Singapore? Indonesia?

tetiba rasa hidup ini sepi dari cerita menarik.. tetapi bak kata jiran Misz Domu, Jude Law.. everyday is spesel..  even it might be ur bad day.. but still spesel.. cm hari ini..18.10.2011.. hanya terjadi sekali je dalam seumur hidup..tak kan ada tarikh yang sama.. ya dak?...

entry kali ini.. nak bercerita tentang bLood test.. mungkin ada yang dah buat blood test.. blood test je kot..bukannya ujian memandu.. meh mIsz Domu cerita kan my first blood test..

Kejadian ini berlaku setahun yang lepas.. masa itu, MIsz Domu kena jaga booth fakulti Misz Domu...  waktu pagi.. biasanya tiada orang datang lagi.. jadi..misz domu berlegar2 lah.. terjumpa booth fakulti perubtan..and jumpa my frenz..

tetiba ditarik tangan ini.. sambil " Bedah (bukan nama sebenar).. jom wat blood test.. dalam takut.. misz Domu kata tak nak.. tetapi.. kawan nie tarik gak.. oohh...tidak..  then bila bab dia nak cucuk jari guna jarum.. rasa berdebar2..jantung rasa tak berdegup je.. doc to be yang buat... beberapa kali dia cucuk sebab tak kuar darah.. dia siap cakap kt Misz Domu.."bedah, u nampak pucat.. ok x nie? darah u susah nak kuar.. stay calm,k..tak de apa pun".. dalam hati..misz Domu tuhan je tau..selepas kuar darah..ase nak pitam..ayoyoyo.. then bila dia wat blood test... Result dia...

darah Misz Domu B-... dOC To BE gtau..awak kena cari pasangan yang darah postif.. sebab takut anak nanti ada penyakit..(yang duk iklan dalam tv tu).. tapi bukan yang tu Misz Domu nak dengar.. MISz domu musykil.. my daddy rasanya blood dia A.. my muM O... awat anak dia BOLEH JD B... memng my name started with B.. 

mISZ dOMU GTAU doc to be tu..dia pun cakap.. kalau darah awak pekat cmnie..bla bla bla.. memang blood Misz Domu B -... DALAm hati kecewa.. darah impian adalah AB..
sob2.. MIsz Domu bukan anak pungut.. tapi darah cam B..so,my sis cakap.. my dad's blood was AB...selamat.. anak kandung my parent la..

So kat sini.. Misz Domu ada cari rahsia di sebalik jenis darah..if you all nak tahu..sila tengok di bawah..kena tak dengan diri tu..If misz Domu..my blood B..a da yang cam sama dan ada yang tak... alah biasa lah... ni cuma selidik je kot... 

Selamat Mengetahui!!!!



DARAH O
  • Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. 
  •  sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. 
  • Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. 
  • Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
  • Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda
  • gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan
  • bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
  • Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
  • Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. 
  • Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. 
  • Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. 
  • Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
  • Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
  • Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
  •  Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. 
  • Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
  • Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..

---------------------> pena berhenti menaip.. Bonnuit





~~~bILA Misz Domu membebel~~~

No comments:

Post a Comment

cONTeng sANA SinI

1) Don't use harsh words here, please
2) Please don't be an anonymous (you've got name,rite?)